Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Liga Super 2017: Ashley Westwood mampu julang Pulau Pinang

Primary tabs

Sukan
1 of 1
Malay

Pemilihan Ashley Westwood sebagai jurulatih baharu Pulau Pinang 2017 berdasarkan kemampuannya membangunkan pemain muda seperti yang dilakukan bersama bekas pasukannya, Bengaluru FC di Liga India.

Pengurus Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, ramai yang berminat dan menyatakan hasrat untuk mengendali Harimau Kumbang pada musim 2017 untuk mencari penganti Nenad Bacina,

Jelasnya, beliau telah diberikan senarai nama jurulatih luar dan juga tempatan serta hasil perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP).

Namum bekas pemain Manchester United itu dilihat calon paling menarik perhatian dan sesuai dengan sasaran pengurusan yang mahu memberi perhatian kepada pembangunan pemain muda.

"Kenapa kami memilih Ashley adalah kerana beliau adalah jurulatih muda, beliau banyak menggunakan pendekatan teknologi dan sains di samping mendapat banyak pendedahan kepada corak kejurulatihan terbaharu dan paling penting adalah kebolehan beliau untuk membentuk pemain pemain muda ke suatu tahap yang lebih baik sepertimana beliau lakukan ketika di Bengaluru FC selama tiga tahun.

"Pencapaian yang ditunjukkannya selaras dengan matlamat asas FAP untuk membentuk sebuah pasukan yang dibarisi pemain muda tempatan dan memastikan bakat-bakat muda Pulau Pinang berada dilandasan sebenar untuk diketengahkan," katanya yang dipetik melalui laman Facebook rasmi mereka, FA Penang.

 

 

Comments