Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Dua pemain JDT pilih Perak

Primary tabs

Sukan
1 of 1
Jasazrin Jamaludin dan Nazrin Nawi
Jasazrin Jamaludin dan Nazrin Nawi
Malay

Dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Jasazrin Jamaludin dan Nazrin Nawi bakal memperkuatkan Perak dalam saingan Liga Malaysia (LM) musim depan.

Kedua-dua pemain itu dikatakan sudah pun mendapat pelepasan dari JDT.

Mereka kini bebas menyertai Perak dan dijangka memulakan latihan bersama pasukan Isnin ini.

Selain itu, beberapa pemain terkenal juga kini berada dalam radar Perak dan usaha mendapatkan mereka sedang dijalankan.

Pada masa sama, Perak juga dalam proses memeterai ikatan dengan pemain FELDA United FC, Idris Ahmad.

Selain itu, dua pemain DRB Hicom dan bekas penjaga gol Pulau Pinang sedang menjalani latihan bersama skuad Bos Gaurus sejak Isnin lalu.

Perak mengekalkan khidmat 14 pemain skuad 2016 termasuk pemain import, Thiago Junio Aquino bagi menghadapi saingan musim depan.--MalaysiaGazette

 

 

Comments