Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Cristiano Ronaldo pemain terbaik dunia 2016

Primary tabs

Sukan
1 of 1
Malay
Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d'Or bagi tahun 2016 dengan menewaskan Lionel Messi dan Antoine Griezmann malam tadi.
 
Pemain antarabangsa Portugal yang berusia 31 tahun itu selepas julang Piala Eropah.
 
Ronaldo juga memainkan peranan utama dalam memastikan Real Madrid menjulang Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
 
Ronaldo merangkul Ballon d'Or kali keempat dalam kariernya dan hanya ketinggalan satu anugerah di belakang Lionel Messi.
 
Ronaldo merangkul gelaran itu pada 2008, 2013 dan 2014 dan kali ini seraai 173 wartawan dan penulis sukan mengundi bagi memilih pemain terbaik dunia.
 
"Saya tidak pernah terfikir akan menang anugerah 'bola emas' itu buat kali keempat, saya sangat gembira dan menghargainya.
 
"Ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan, pasukan kebangsaan, Real Madrid, para pemain dan penyokong khususnya yang sentiasa setia dan bantu menang anugerah ini. Saya bangga dengan pengiktirafan ini," katanya.

 

 

Comments