Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Mr Bean bakal tampil dalam filem China pertama

Primary tabs

Seni Hidup
1 of 1
Malay
Rowan Atkinson, yang terkenal dengan watak Mr Bean dalam sitcom dengan tajuk yang sama, akan membuat penampilan dalam filem China, Top Funny Comedian The Movie.
 
Adaptasi daripada program realiti televisyen popular China terhadap pelawak itu akan membuat tayangan sulung di tanah besar pada 28 Januari, hari pertama Festval Musim Bunga akan datang.
 
Dalam filem China pertamanya, Atkinson akan tampil sebagai Mr Bean, karekter popular di negara itu yang tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja.
 
Bagaimanapun, penonton perlu menunggu sehingga filem tersebut ditayangkan bagi mengetahui sejauh mana penglibatan beliau dalam filem tersebut.
 
Filem tersebut berkisar tentang pengembaraan karekter-karekter utama, yang dipegang oleh pelawak China, Guo Degang and Yue Yunpeng, dari Beijing ke Macao.
 
Pada majlis mempromosikan filem tersebut 8 Disember lalu, Guo yang tidak fasih berbahasa Inggeris berkata, kebanyakan masanya berkomunikasi dengan Atkinson semasa pengambaraan adalah menerusi gerakan tubuh.
 
"Dengan ekspresi muka dan isyarat kami kelihatan memahami antara satu sama lain. Ia merupakan pengalaman menarik yang membuktikan komedi boleh melangkaui sempadan," kata Guo.
 
Aktor warga Britain itu tidak menghadiri majlis tersebut namun memberi kata aluan dalam bahasa Mandarin menerui video.

 

 

Comments