Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Karnival Pu Qau Beauty kembali lagi

Primary tabs

Seni Hidup
1 of 1
Malay
Bermula Jumaat sehingga Ahad ini, produk kecantikan dan kesihatan baharu, Pu Qau Beauty akan menganjurkan karnival bertempat di ruang legar Star Pac Point, Setapak, Kuala Lumpur.
 
Pengasas Pu Qau Beauty Sdn. Bhd., Datuk Siti Nurbaiyah Yahya berkata, karnival itu diadakan buat kali kedua susulan kejayaan dan sambutan menggalakkan pada karnival siri pertama pada September lalu.
 
Jelasnya, orang ramai dijemput hadir kerana pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan yang melibatkan bidang seni, sukan dan jualan barangan di gerai-gerai bermula pukul 10 pagi hingga 12 malam.
 
"Kami juga menyediakan beberapa aktiviti sukan seperti pertandingan bina badan, badan cantik dan muay thai dalam menggalakkan gaya hidup sihat kepada masyarakat.
 
"Tidak lupa juga, kami juga akan mengadakan pertandingan  karaoke yang dibuka kepada semua golongan dan peringkat usia.
 
"Setiap pertandingan dikenakan yuran pendaftaran berpatutan berdasarkan kategori ditetapkan dan setiap pemenang berpeluang memenangi wang tunai lumayan berjumlah sehingga RM5,000 bagi bina badan," katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
 
 
Siti Nurbaiyah berkata, Pu Qau Beauty Karnival turut mendapat kerjasama daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia dan beberapa kelab yang akan memeriahkan lagi program selama tiga hari itu.
 
"Kami juga menyediakan gerai jualan dan 'food truck dengan pelbagai produk yang ditawarkan dalam usaha memeriahkan suasana karnival. " kata Anggun yang juga merupakan Ketua Pegawai Esekutif syarikat pembinaan, Juta Kelulut Global. 
 
Mengulas mengenai Pu Qau Beauty, Anggun berkata, beliau akan turut melancarkan produk-produk baharu pada karnival itu.
 
"Kami kini dalam fasa mempromosi dan mengukuhkan jenama Pu Qau Beuaty kepada orang rama ramai.Saya peruntukkan modal sebanyak RM50,000 untuk tampil dengan dua produk ini. 
 
"Suplemen Pu Qau Beauty misalnya, sebelum ini saya terlebih dahulu mengedarkannya secara percuma kepada orang ramai dan juga selebriti. Alhamdulillah, hasilnya sangat mengagumkan. Rata-ratanya mahu mendapatkan lagi produk ini.
 
"Dihasilkan dalam bentuk tablet, ia memudahkan pengambilannya setiap hari. Sempena pelancaran ini juga, kami menawarkan harga diskaun kepada pengunjung.
 
"Saya menyasarkan jualan sehingga 2,000 unit untuk setiap produk dan saya yakin jualannya akan bertambah berdasarkan testimoni diterima," katanya.
 
Sementara itu, bagi yang berminat meniaga di Karnival Pu Qau Beauty, mereka bolehlah menghubungi talian 012-6402821 untuk maklumat lanjut. - MalaysiaGazette

 

 

Comments