Search form

Isnin, 21 Januari 2019

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Desolasi filem amaran dari Syafiq Yusof

Primary tabs

Seni Hidup
1 of 1
Malay
Skop Production kembali lagi dengan sebuah filem berjudul Desolasi. Kali ini giliran Syafiq Yusof mengarah filem kelimanya.
 
Syafiq muncul dengan dengan sedikit berbeza berbanding karya sebelumnya seperti SAM, Abang Long Fadil, Villa Nabila dan Mat Moto.
 
Secara keseluruhan Desolasi mengisahkan tentang Aiman (Syamsul Yusof) yang mencari jawapan dalam hidupnya yang sentiasa bermasalah.
 
Tekanan yang dihadapinya membuatkan dia ‘hilang’ dalam dunianya.
 
Permintaan Aiman untuk hidup tanpa sebarang masalah akhirnya termakbul apabila dia ‘masuk’ ke dalam dunia yang hanya ada dia sahaja.
 
Aiman yang pada awalnya gembira dalam dunia barunya itu, mula mencari jalan keluar dengan kehadiran watak lakonan Bella Dally.
 
Secara total, filem ini membawa isu yang agak berat namun sesuai untuk dijadikan renungan bagi semua penonton.
 
Syafiq selaku pengarah mengangkat filem berat ini dengan merungkaikan segalanya agar penonton tidak perlu mencari sebarang jawapan.
 
Jawapan yang diberi Syafiq ketika majlis pra tonton filem ini ialah penonton di Malaysia masih belum mampu meneroka untuk mencari jawapan sendiri.
 
Maka dia mengambil keputusan untuk memberikan jawapan secara terus.
 
Filem dengan genre psiko thriller ini bagaimanapun dipersembahkan dengan agak longgar.
 
Tidak dinafikan penonton akan berasa kagum dengan kehebatan Syafiq mengosongkan Kuala Lumpur terutama di kawasan sesak seperti Jalan Chow Kit, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Tun Razak.
 
Namun pengisian untuk babak-babak itu tiada dan masa yang diambil terlalu lama.
 
Sewajarnya Syafiq memanjangkan plot pencarian Aiman dan Bella Dally agar ianya lebih berkembang dan terisi.
 
Imej janaan grafik atau CGI yang ditampil dalam filem ini sederhana. Masih ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki terutama kekemasan warna.
 
Bagaimanapun Syafiq tampil kali ini dengan penuh gaya. Sebuah amaran awal dari Syafiq yang dia mungkin boleh menjadi pengarah filem genre science fiction atau suspend thriller.
 
Syafiq mungkin boleh jadi seperti Aziz M Osman. Cuma Syafiq perlukan idea untuk mengembangkan filemnya untuk lebih terisi.
 
Filem dengan bajet RM4.7 juta ini mula berada di pawagam 8 Disember lalu. Selain Syamsul dan Bella, filem ini turut dibintangi Datuk Jalaludin Hassan, Aida Khalida dan Pekin Ibrahim. - MalaysiaGazette

 

 

Comments