Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Rundingan dengan Pas masih diteruskan - Muhyiddin

Primary tabs

Politik
1 of 1
Muhyiddin Yassin menjawab pertanyaaan wartawan mengenai perjanjian kerjasama dan permuafakatan politik antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu. foto SAFWAN MANSOR, 13 Dis 2016.
Muhyiddin Yassin menjawab pertanyaaan wartawan mengenai perjanjian kerjasama dan permuafakatan politik antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu. foto SAFWAN MANSOR, 13 Dis 2016.
Malay
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih berunding dengan Pas dalam usahanya memujuk parti itu untuk kembali semula ke pangkuan pembangkang.
 
Usaha tersebut akan diteruskan sehingga ditetapkan kelak.
 
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Harapan (PH) telah dimaklumkan mengenai kemajuan rundingan tersebut dan PH telah menyatakan bahawa rundingan masih boleh diteruskan.
 
"Saya telah maklumkan sebelum ini bahawa mereka (Pas) memberi indikasi kesediaannya untuk berbincang dan bercakap dengan kami.
 
"Kami PPBM sebagai parti baharu, jelas berkomunikasi dengan parti lain yang mempunyai hasrat yang sama sedia bekerjasama.
 
"Ia akan diteruskan sehingga suatu masa yang akan ditetapkan dan beri masa supaya satu keputusan muktamad dan terbaik dapat dicapai nanti," katanya selepas majlis pemeterai perjanjian kerjasama dan permuafakatan politik dengan PH dan PPBM hari ini.
 
Ditanya mengenai perjanjian dengan PH, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, tidak guna PPBM menandatangani perjanjian itu jika partinya tidak boleh memberi sokongan dan bantuan kepada pembangkang untuk memenangi kerusi pada pilihan raya dan seterusnya membentuk kerajaan.
 
"Sebagai parti baharu, kita ingatkan diri kita bahawa kami belum ada kerusi lagi. Kita minta kawan-kawan menimbang ruang untuk bertanding.
 
"Tidak ke mana muafakat kita kalau hanya membantu dari bawah dan tidak membantu dari segi kawasan yang boleh menang.
 
"Adalah penting kerjasama muafakat ini untuk pembangkang bergabung kuat bagi berdepan BN pada PRU nanti," ujarnya. - MalaysiaGazette

 

 

Comments