Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

PPBM tak sertai Pakatan Harapan, hanya ikat perjanjian kerjasama

Primary tabs

Politik
1 of 1
DARI kiri:Mohamad Sabu, Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhyiddin Yassin menunjukan dokumen perjanjian kerjasama dan permuafakatan politik antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Petaling Jaya. foto SAFWAN MANSOR, 13 Dis 2016.
DARI kiri:Mohamad Sabu, Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhyiddin Yassin menunjukan dokumen perjanjian kerjasama dan permuafakatan politik antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Petaling Jaya. foto SAFWAN MANSOR, 13 Dis 2016.
Malay
Desas-desus yang mengatakan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sejak kebelakangan ini tidak menjadi kenyataan, sebaliknya parti itu hanya mengikat kerjasama politik dengan rakan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
 
Berikutan itu perjanjian kerjasama dan permuafakatan politik antara kedua-dua pihak dimeterai pada hari ini dalam usaha mewujudkan pakatan pembangkang yang lebih kukuh menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pemeteraian perjanjian tersebut akan membolehkan gabungan parti-parti politik pembangkang ditubuhkan sebelum PRU 14 yang bertujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.
 
"Kita akan wujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto bersama dan merangka gerak kerja pilihan raya secara bersama.
 
"Selain itu, tertakhluk dengan kelulusan  pihak berkusasa, PH dan PPBM akan menggunakan logo bersama (satu logo) dalam PRU-14," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
 
Majlis menandatangani perjanjian itu dihadiri Presiden PAN, Mohamad Sabu, DAP diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan PPBM diwakili oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Wan Azizah berkata, PH juga mahu memastikan pembangkang meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili pakatan pembangkang dan PPBM dalam sesuatu pilihan raya.
 
Justeru katanya, calon tunggal pembangkang tersebut akan dipilih melalui rundingan dantara kedua-dua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan. 
 
Sementara itu, Wan Azizah memberi bayangan menerusi kerjasama itu, rundingan akan dilakukan dengan parti lain yang masih belum menjalinkan kerjasama dengan PH bagi memastikan pertandingan dua penjuru pada pilihan raya akan datang.
 
"Menerusi kerjasama ini kami sudah mencapai kata sepakat atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik  antara satu sama lain dan menyelesaikan pertikaian menerusi perundingan bersama," katanya lagi.
 
Ditanya kenapa PPBM tidak diserap dalam PH, katanya, pakatan itu sudah memulakan kerjasama dengan PPBM dalam bentuk gabungan dan kini tumpuan diberi terhadap memenangi seberapa banyak kerusi pada PRU 14. - MalaysiaGazette
 

 

 

Comments