Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Pembangkang dengki Najib berjaya majukan negara - Salleh

Primary tabs

Politik
1 of 1
Salleh Said Keruak
Salleh Said Keruak
Malay

Rakyat dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu yang berusaha mempengaruhi mereka supaya membenci kerajaan dengan menggunakan media-media sosial baik di dalam mahupun luar negara.

"Pihak-pihak ini meracuni fikiran rakyat dengan menabur fitnah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas dasar cemburu dengan kejayaan kerajaan memajukan negara.

"Mereka sanggup bersekongkol dengan musuh-musuh kerajaan daripada parti pembangkang untuk melunaskan hasad dengki agar rakyat hilang kepercayaan kepada Najib," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman semalam.

Kata Bendahari UMNO itu lagi, berkata mereka ini bukanlah dari kumpulan yag ramai pengikut sebaliknya hanya kumpulan kecil yang kerjanya hanyalah mempengaruhi minda rakyat supaya membenci kerajaan.

"Apa yang mereka lakukan itu sangat bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini di mana rakyat memilih pemerintah menerusi pilihan raya umum.

"Mereka sakit hati melihat Najb bersungguh-sungguh melaksanakan program membantu rakyat termasuklah program ekonomi dan pekerjaan.

"Sehubungan itu, saya menyeru rakyat di negara ini agar tidak ‘termakan’ cerita-cerita pihak-pihak ini yang hakikatnya mahu menggulingkan kerajaan di bawah pemerintahan Najib,” ujarnya. - MalaysiaGazette

 

 

Comments