Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Enam NGO gesa polis ambil tindakan individu buat surat palsu

Primary tabs

Politik
1 of 1
Surat itu kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. - Gambar hiasan
Surat itu kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. - Gambar hiasan
Malay

Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap individu yang menghasilkan surat palsu yang melagakan dua pemimpin utama negara.

NGO itu adalah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas) dan Kipidap.

Surat itu kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO itu berkata surat berkenaan didapati palsu dan satu fitnah kepada pemimpin negara.

"Kami mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Abdul Rani berkata NGO berkenaan turut membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menghasilkan gambar menghina Raja-Raja Melayu yang dipercayai dilakukan di luar negara.

Selain itu, pihaknya turut menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan seorang anggota kumpulan bekas penjawat awam G25 yang mencadangkan untuk memansuhkan hukuman berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Mohd Sukri Kaman ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

Comments