Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Rakan BN jangan muncul untuk rebut jawatan menteri sahaja - KJ

Primary tabs

PAU 2016

Reaksi ceria Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menerima kunjungan hormat Presiden Republik Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom (kanan) sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 1 DISEMBER 2016.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 30 NOVEMBER 2016

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendengar penerangan dari Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan (kanan) mengenai buku Infografik Pilihan pada pelancaran buku tersebut sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Perkarangan Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 30 NOVEMBER 2016

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diiringi Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (kiri), Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (dua kanan) dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (kanan) melambai ketika hadir Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2016

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak melihat model replika bangunan Pusat Dagangan Dunia KL Putra sambil diiringi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pecah tanah projek pembangunan kompleks itu di tapak Hentian Putra Kuala Lumpur. foto MEDIA UMNO, 29 NOVEMBER 2016

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Para Perwakilan UMNO melaungkan Bersatu, Bersetia, Berkhimat pada Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 NOVEMBER 2016

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melambai tangan kepada para pewakilan ketika hadir pada Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 29 NOVEMBER 2016

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turut serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (kanan) memegang buku Persepsi Dan Harapan Wanita Muda Malaysia sebagai simbolik pelancaran buku tersebut sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 di Perkarangan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2016

Seorang Petugas IT, Mohd Nadzrin Md Tawil menyusun dan membetulkan papan pemuka mesin pengimbas identiti sebagai persiapan terakhir sempena Perhimpunan Agung UMNO ke 70 yang akan bermula pada 29 hingga 3 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 28 NOVEMBER 2016

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 NOVEMBER 2016

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama para pewakilan pemuda melaungkan Hidup UMNO ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 NOVEMBER 2016

Malay
Rakan kongsi Barisan Nasional (BN) dinasihati supaya bangkit segera daripada tidur dan bertindak agresif menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk menjamin mandat besar BN untuk menang.
 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu melihat semangat kebersamaan yang jitu dan maksimum daripada komponen BN yang kini agak malap dan menyedihkan.
 
"Menuju ke medan perang kali ini, semangat kebersamaan ini mesti dilihat  dari semua rakan kongsi kita namun ada sedikit kebimbangan bahawa bila tiba membuat kerja, tiada sangat semangat kebersamaan ini.
 
"Senang kata, mereka hanya bergantung kepada UMNO untuk buat kerja, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bukan berat hanya dipikul UMNO.Komponen yang belum bangun lagi, bangunlah dan yang masih nak salahkan orang lain, sudah-sudahlah. Kebersamaan ini mesti sewaktu berperang, bukan hanya menang kebersamaan tiba-tiba muncul untuk mendapat habuan jawatan menteri," katanya.
 
Beliau berkata semasa berucap di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
 
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda BN mengajak parti komponen supaya bersatu dibawah panji BN dan membuktikan peranan masing-masing dan menjayakan peranan yang dipikul ke arah kesejahteraan parti dan rakyat.
 
Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Belia dan Sukan itu juga menegaskan rakyat inginkan sebuah wadah politik yang membawa  idea yang segar, membawa pemimpin dengan pendekatan baharu walaupun partinya berusia lama.
 
"Cuba lihat kebolehan Donald Trump yang tidak mempunyai sebarang pengalaman politik dengan membawa harapan baru dapat menewaskan lawannya Hillary Clinton yang terlalu sebati dengan tradisi dan membawa imej basi. Ini peremajaan yang perlu dicontohi untuk PRU kita kali ini, biarlah parti berusia 70 tahun sekali pun, asalahkan kita boleh, menguasai minda dan imaginasi pengundi dan membawa pendekatan dan harapan segar dan baharu.
 
"Saya dah sepakat dengan Pergerakan Puteri UMNO untuk mengusulkan kepada kepimpinan parti sasaran calon muda 30 peratus dalam PRU akan datang, ini satu pembaharuan dengan konsep, future is now," ujarnya.
 
Sementara itu, Khairy berkata, satu rombakan dalam  biro Exco Pemuda akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan.  Proses rombakan secara menyeluruh di semua peringkat sayap itu sebagai persiapan menghadapi  PRU-14.
 
"Biar kita susun sayap kita betul-betul untuk mempersiapkan diri untuk PRU dengan struktur baharu menuju ke medan perang. Biro-biro akan disatukan manakala biro yang kurang menunjukkan prestasi atau relevan kita rehatkan dahulu.
 
"Peringkat negeri dan bahagian seluruh negara saya akan mengarahkan proses yang sama dan kerja yang dimulakan hari ini adalah 100 peratus  ke arah pilihan raya,' katanya.
 
Ekoran proses rombakan itu, beliau juga menggesa sayap pemuda seluruh negara perlu mempersiapkan diri dengan mentaliti menang dalam pilihan raya.
 
Katanya,  barisan Pemuda UMNO perlu berkeyakinan boleh menang dan tidak mudah mengaku kalah sebelum berperang.
 
Justeru jelasnya, semangat itu akan membolehkan setiap pemuda merasai kekuatan diri dan membolehkan rakyat merasai keyakinan dan menyedari UMNO dapat terus mengemudi negara.
 
"Saya tidak mahu lagi dengar dalam kalangan hulubalang parti dalam dewan ini bercerita macam kita nak kalah dan ia tidak bermaksud kita terlebih yakin sampai lalai dan alpa tetapi ia bagi meniupkan semangat kepada jentera di segenap lapisan parti untuk mengejar setiap undi, bekerja siang malam untuk lawan hujah musuh ke arah kemenangan," ujarnya lagi.
 
Beliau juga mahu ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO menunjukkan jalan bagi mengembalikan UMNO kepada semangat perjuangan asal yang sentiasa menjuarai nasib Melayu dan rakyat secara umum.
 
"UMNO bukan hanya pura-pura prihatin terhadap nasib rakyat semata-mata untuk tatapan media sebagai photo opp tetapi UMNO yang benar-benar berjuang  untuk meemperbetulkan ketidakadilan ekonomi dan jurang pendapatan yang luas.
 
"Tak payah feudal sangat, tidak perlu  kejar banyak sangat pangkat dan gelaran, ia tak menunjukkan kemuliaan kita di mata rakyat sebalik kesungguhan menjuarai isu rakyat, jangan sombong dan terus merendah diri," katanya.
 
Tambahnya kemampuan  untuk memperjuangkan hak orang Melayu tidak lagi sama seperti dahulu dan menggesa para pemuda supaya tidak melihat parti sebagai kelab eksklusif.
 
Dalam memikirkan destini Melayu pada tahun 2050, katanya, UMNO perlu mempunyai olahan falsafah identiti Melayu yang sesuai dengan zaman dan wawasan.
 
Ujarnya sudah tiba masanya rentak Melayu diubah dan merencana agenda untuk capai aspirasi TN50, supaya ketrampilannya bersifat jitu iaitu berani dalam mengejar kejayaan.
 
Ujarnya, perjuangan Melayu tidak hanya  berlegar sekitar isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), diskaun bumiputra, perkara 153 dan hak-hak sewaktu, katanya.
 
"Itu benih asal yang tetap dipertahankan tetapi biarlah Melayu pada tahun 2050 nanti mencipta nama dalam segenap dimensi," ujarnya.--MalaysiaGazette
 
Comments

pnb