Search form

Isnin, 21 Januari 2019

Error message

  • Notice: unserialize(): Error at offset 65 of 129 bytes in variable_initialize() (line 1174 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/includes/bootstrap.inc).
  • Notice: unserialize(): Error at offset 56 of 120 bytes in variable_initialize() (line 1174 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/includes/bootstrap.inc).
  • Notice: unserialize(): Error at offset 69 of 79 bytes in variable_initialize() (line 1174 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/includes/bootstrap.inc).
  • Notice: unserialize(): Error at offset 49 of 111 bytes in variable_initialize() (line 1174 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/includes/bootstrap.inc).
  • Notice: unserialize(): Error at offset 31 of 37 bytes in variable_initialize() (line 1174 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/includes/bootstrap.inc).
  • Notice: unserialize(): Error at offset 32 of 38 bytes in variable_initialize() (line 1174 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/includes/bootstrap.inc).
  • Notice: unserialize(): Error at offset 32 of 38 bytes in variable_initialize() (line 1174 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/includes/bootstrap.inc).

Saya pernah tertawakan Filipina, tetapi sekarang Malaysia begitu - Musa Hitam

Primary tabs

Nasional
1 of 1
Tun Musa Hitam menunjukkan bukunya bertajuk 'Frankly Speaking' yang baru dilancarkan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Kuala Lumpur. foto FAREEZFADZIL, 10 OGOS 2016
Tun Musa Hitam menunjukkan bukunya bertajuk 'Frankly Speaking' yang baru dilancarkan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Kuala Lumpur. foto FAREEZFADZIL, 10 OGOS 2016
Malay

Tun Musa Hitam melahirkan kebimbangan dengan keadaan semasa di Malaysia yang disamakan seperti negara Filipina suatu ketika dahulu.

Beliau menyifatkan keadaan sekarang seperti kebiasaan baharu berikutan kes keganasan dan pembunuhan yang berlaku di negara ini.

"Saya pernah menjadi saksi kepada Filipina yang lalu sebagai sebuah negara yang gagal. Saya ingin memberitahu anda, di Filipina dahulu kejadian tembakan, pembunuhan, rompakan adalah biasa.

"Beg diragut ketika berjalan adalah normal. Kediaman di sana mereka terpaksa menggunakan penjaga, orang kaya perlu menggaji pengawal keselamatan, kenderaan dipasang kalis peluru.

"Tanda-tanda yang berlaku di Filipina ketika itu dapat disimpulkan sebagai sebuah negara yang gagal.

"Saya pernah mentertawakan keadaan negara itu kerana ia tidak berlaku di negara kita," katanya pada sidang media selepas pelancaran memoirnya, Frankly Speaking di sini.

Tambahnya, bekas Presiden Aquino terpaksa mengambil masa enam tahun untuk membina Filipina semula sebelum pertumbuhan ekonomi negara itu mencapai tahap membanggakan di Asia Tenggara.

"Ini adalah soal kepimpinan dan beliau berjaya menangani isu-isu," kata Musa yang mahu keadaan di Filipina itu dibandingkan dengan keadaan di Malaysia sekarang.

Malah, katanya, rakyat juga kini semakin rasa tidak selamat untuk keluar rumah, lantas membawa kayu dalam kereta, wanita pula membawa penyembur sebagai langkah-langkah keselamatan.

Ini adalah tanda-tanda rakyat semakin bimbang dan tidak yakin dalam agensi-agensi pentadbiran di negara ini.

Musa juga tidak puas hati dengan keadaan jalan-jalan raya yang berlubang.

"Saya luahkan ini kerana saya memandu dan saya berjalan," katanya. - MalaysiaGazette

 

 

Comments