Search form

Ahad, 16 Disember 2018

RTS selesai kesesakan Tambak Johor

Primary tabs

Nasional
1 of 1
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bercakap pada sidang media sambil diperhatikan oleh  Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 DISEMBER 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bercakap pada sidang media sambil diperhatikan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 DISEMBER 2016
Malay

Malaysia dan Singapura mencapai kata sepakat untuk melaksanakan cadangan projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru-Singapura bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor,

Melalui persetujuan ini, Malaysia bersetuju untuk menyambung perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan sistem MRT Singapura.

Dengan penyambungan ini, KTMB perlu meningkatkan kekerapan dan volum supaya kesesakan yang dihadapi di Tambak Johor dapat dikurangkan.

Untuk itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua negara bersetuju untuk membina jambatan tinggi bagi kemudahan sambungan KTM-MRT yang pembinaannya dijangka dilaksanakan dengan kos yang efisien.

Jambatan tinggi itu akan menghubungkan sistem rel Bukit Chagar di Malaysia dan Woodlands North di Singapura dan disambung dengan MRT (Thomson-East Coast Line).

"Pada dasarnya kami bersetuju dengan penyelesaian itu. Kami tidak melihat kerumitan yang signifikan dengan projek RTS ini," katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR)

Najib menambah, perjanjian itu dijangka dibuat pada akhir tahun depan.

Sementara itu, Lee menyifatkan projek RTS itu adalah jalan penyelesaian itu menjimatkan kos.

Tambahnya, RTS itu akan dikendalikan oleh entiti korporat dan kadar tambang berdasarkan kepada pasaran yang ditetapkan oleh pengendali dan kerajaan tidak terlibat dalam penentuan harga. - MalaysiaGazette

 

 

Comments