Search form

Isnin, 10 Disember 2018

DAP tekad tidak tewas kepada ROS

Primary tabs

Nasional
1 of 1
Malay
KUALA LUMPUR: DAP yang akan mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bertekad `tidak boleh tewas’ kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang didakwa telah menindas parti itu. Sebagai langkah awal, pemimpin DAP akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menerangkan rasional keputusan terbaru itu selepas mesyuarat CEC sesi 2008-2011 pada Khamis depan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pembatalan pendaftaran adalah satu risiko yang tidak dapat ditanggung oleh parti hanya untuk membawa ROS ke mahkamah. “Kalau pun DAP menang di mahkamah ke atas arahan tidak sah untuk mengadakan pemilihan semula, parti akan tetap perlu ke mahkamah lagi untuk menentang kemungkinan parti dibatalkan pendaftarannya. “Walaupun terdapat kemungkinan menang sekali lagi terhadap pembatalan pendaftaran, proses mahkamah dan masa yang diambil barangkali berbulan atau bertahun akan meletakkan mana-mana parti politik yang dibatalkan pendaftarannya oleh ROS dalam keadaan digantung tak bertali, yang bukan sahaja tidak praktikal malah akan mengancam pertumbuhan parti,” katanya. Semalam, parti itu yang menjangka ROS akan mengambil tindakan segera terhadapnya dakwaan penyelewengan dan kegagalan member notis kepada perwakilan mengambil keputusan untuk mengadakan semula pemilihan CEC. Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, walaupun DAP mempunya posisi undang-undang yang kukuh bahawa arahan ROS supaya parti mengadakan pemilihan semula adalah tidak berasaskan kuasa perundangan yang tepat, parti itu tidak ada pilihan selain membantutkan apa-apa tindakan lanjut daripada ROS untuk menyalahgunakan kuasanya dengan membatalkan pendaftaran parti.

 

 

Comments