Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Keletihan adrenal - stres abad ini

Primary tabs

Kesihatan
1 of 1
Malay
Pernahkah anda mengalami letih tanpa sebab?Kadang-kadang memerlukan kopi diwaktu untuk mulakan hari anda? Ataupun anda mempunyai keinginan terhadap makanan masin dan manis yang melampau?Semua ini adalah contoh-contoh anda sedang mengalami keletihan Adrenal.
Bagaimana anda boleh pulihkan keadaan  `keletihan adrenal’ yang tidak diketahui dan perlu dibongkarkan masakini?Apakah keletihan adrenal ini dan bolehkah doktor merawat anda?
Pada abad ini, Sindrom Keletihan Adrenal semakin terlepas pandang oleh ramai pesakit  mahupun pengamal perubatan atau doktor yang sering merawat ramai pesakit di klinik saban hari. Walaupun ribuan manusia di seluruh dunia dikatakan mengalami sindrom ini, namun perubatan konvensional masih tidak dapat mengenal pasti wujudnya sindom yang menggangu kelenjar emas adrenal ini.
Ramai mengalami dan merana dalam diam, tetapi tidak terpanggil untuk mendapatkan rawatan atau tidak diambil endah oleh para doktor. Justeru itu, jika punca punca sindrom ini dikesan lebih awal, pemulihan dan rawatan pasti membantu ramai yang memerlukan rawatan ini.
Juga dikenali sebagai non addisonian hypoadrenia, hypoiadrenalism, subklinis Hypoadrenia semakin mendapat perhatian pengamal perubatan.
Apakah yang berlaku? Kelenjar adrenal adalah satu kilang hormon, berbentuk segitiga, sebesar buah anggur yang mengeluarkan hormon kortisol, iaitu hormone penting badan dalam mengawal stres, tidak bekerja secara efisien.
Gangguan kortisol ini juga menyebabkan gangguan kestabilan gula badan, kurang daya melawan stress dan mencegah infeksi luaran. Di ketahui, sebab utama sindrom keletihan adrenal adalah stres berlebihan yang mempunyai kaitan dengan tekanan harian kerja, aktiviti  fizikal yang melampau, persekitaran yang tercemar oleh asap atau asap rokok, tabiat pemakanan yang buruk mahupun penyakit seperti diabetes dan hypertensi.
Tanda tanda gelaja keletihan adrenal seperti di bawah adalah dipandang remeh dan ambil mudah untuk tidak tampil mendapat rawatan:
  • Tidak mampu mengawal dan atasi stress
  • Stamina diri yang rendah
  • Letih waktu awal pagi
  • Tumpuan/ focus yang tidak menentu
  • Mood yang tidak stabil
  • `Brain fogging’
  • Berat badan semakin bertambah
  • Keinginan terhadap masin dan manis yang melampau
  • Sering mendapat serangan alahan mahupun jangkitan flu virus
  • Tidak ceria dengan persekitaran yang ceria
     
Pernahkah anda mendengar Sindrom `BurnOut’ pula? Sebolehnya kita tidak mahu anda sampai ke tahap begini sepanjang hidup kerana ianya adalah kemuncak keletihan adrenal yang mengambil masa yang lama untuk pulih dan paling dikuatiri badan juga telah alami kesan buruk mengundang penyakit kronik.
Secara spesifik, banyak kajian telah terbukti akibat stres mengebabkan kemusnahan dan merosakkan fungsi DNA badan lalu terdedah kepada risiko kanser, malah tekanan di tempat kerja mendedahkan pekerja mendapat risiko sakit jantung sehingga 38 peratus.
Tahukah anda dengan mengamalkan sedikit tindakan bijak dengan hanya `siesta’ atau tidur sejenak dinwaktu rehat tengahari, empat kali seminggu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sehingga 37 peratus.
Teori ini juga telah dibuktikan berabad lamanya, di England pemimpin terkemuka dunia, John F Kennedy diketahui mengalami telah ditimpa masalah kesihatan yang teruk dengan tanda tanda kekurangan kortisol dan beberapa gangguan hormon penting dalam badan. Para doktor yang bijaksana telah memberikan gantian kortisol dan gantian terapi hormon yang lain.
Apakah kesan buruk sindrom keletihan adrenal?
  1. Alahan berpanjangan seperti kulit dan paru paru
  2. Ketahanan imun sistem badan terganggu
  3. Serangan hypoglycemia, paras gula terlalu rendah dan tidak menentu
  4. Arthritis
  5. Gangguan`mood’ & kegelisahan
  6. Depresi
  7. Gangguan lain hormon penting badan
  8. Insomnia( sukar tidur malam)
Justeru, dikala para doktor sibuk merawat ratusan pesakit di klinik saban hari ,cabaran utama adalah mendapat diagnosa yang betul dan tepat kerana kebanyakan gejala keletihan adrenal adalah tidak spesifik.
Para doktor perlu peka dengan wujudnya gejala dan sindrom ini dikalangan pesakit yang tidak mengadu mereka mengalam sindrom ini dengan sendirinya kerana rawatan yang tepat dan sebaiknya boleh menyelamatkan ribuan pesakit yang memerlukan.
Rawatan sindrom keletihan adrenal adalah dengan mengenal pasti punca dan risiko stres samada mental atau fizikal stres dan cuba atasi dengan bijaksana.
Suplemen amat menbantu merawat kelenjar adrenal untuk pulih seperti Vitamin C, E, B5, B3, B6, Calcium, Magnesium dan lain mineral. Herba- herba juga seperti kunyit, halia dan ginseng dikatakan memainkan peranannya.
Akhir sekali rawatan gantian hormon adrenal iaitu hydrocortisone adalah rawatan spesifik dikala ini.  Tidak dilupakan sistem 2`S’ iaitu konsep syukur dan senyum yang wajib diterapkan yang semakin hilang atau lupa untuk perkongsian semua demi kesihatan sejagat. - MalaysiaGazette
 
Penulis adalah Ahli Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim)

 

 

Comments