Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Rumah flat HK sebesar ruang letak kereta

Primary tabs

Kembara
1 of 1
Malay

Henderson Land, sebuah syarikat pemaju di Hong Kong sedang membina rumah flat dengan pelbagai keluasan dari 163 kaki persegi hingga 170 kaki persegi. Saiz itu adalah tiga kali ganda daripada sel banduan. Ia adalah projek berprestij, selaras dengan nama projek kediaman itu One Prestige.

Harga itu menggambarkan purata sekaki persegi HK$25,248 - menjadikan One Prestige paling mahal di daerah itu. Dengan keluasan itu, individu yang biasa menetap di ruang yang besar dan siling tinggi sudah pasti tidak dapat membayangkan menjalani kehidupan dalam ruang sekecil itu.

Hong Kong dikatakan memiliki saiz purata rumah flat paling kecil di dunia kira-kira 470 kaki pesegi, menurut laman sesawang shrinkthatfootprint.com

Laman web itu menyebut rumah flat di Australia menawarkan keluasan paling besar iaitu 2,303 kaki persegi, diikuti Amerik Syarikat 2,164 kaki persegi, Kananda 1,948 kaki persegi, Britain 818 dan China 646.

Penurunan saiz kediaman disebabkan faktor ketersediaan, perubahan iklim, tahap kekayaan dan kadar urban.

Ini bermakna, penduduk Hong Kong menetap dalam kediaman kurang satu perempat ruang rumah di Australia dan Amerika.

Pihak berkuasa perumahan Hong Kong mensasarkan kurang daripada 7 meter persegi atau 75 kaki persegi bagi setiap individu.

Sejak beberapa dekad lalu, jumlah itu telah meningkat daripada 121.6 kaki persegi kepada 138.9 kaki persegi.

Berdasarkan angka-angka itu, rumah pangsa Henderson yang ditawarkan pada harga HK3.87 juta dan HK4.78 juta sesuai untuk pembeli rumah kali pertama, selesa untuk pasangan, atau lebih luas bagi yang tinggal seorang. Sudah pasti kediaman itu agak sukar bagi pasangan yang mempunyai anak.

Seorang pembeli menetap di Wan Chai menetao di sebuah rumah flat seluas 80 kaki persegi, memiliki bilik air dan ruang untuk menempatkan peti sejuk, almari pakaian dan rak-rak.

Tempat tidurnya ala Jepun dan tilam perlu disimpan pada waktu siang. Pembeli yang memiliki ketinggian 190 sentimeter itu akan menghabiskan masa di luar rumah kecuali masa tidur.

Saiz kediaman di Hong Kong menjadi isu dalam kalangan rakyatnya sehingga ada yang mencadangkan kerajaan Hong Kong perlu mempunyai wawasan menambah baik ruang kediaman bagi generasi akan datang. - MalaysiaGazette

 

 

Comments