Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Pesawat terhempas: Pengerusi PIA letak jawatan

Primary tabs

Ekonomi
1 of 1
Malay

Pengerusi Pakistan International Airlines (PIA), Azam Saigol meletakkan jawatan dengan alasan peribadi, demikian menurut jurucakap syarikat penerbangan tersebut hari ini, kurang seminggu selepas pesawat PIA terhempas yang turut mengorbankan 47 nyawa.

Pesawat tersebut mengalami masalah enjin tidak lama selepas berlepas daripada wilayah pergunungan, Chitral, Rabu lalu.

Bagaimanapun, masih tiada sebab jelas apa yang menyebabkan nahas tersebut berlaku kira-kira 50 kilometer daripada destinasinya, Islamabad.

“Ya, Pengerusi PIA telah meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi,” kata jurucakap syarikat penerbangan berkenaan, Danyal Gilani kepada Reuters.

Menurut sumber akhbar berbahasa Inggeris Pakistan, The News, Saigol mendapat tekanan hebat untuk meletakkan jawatan selepas nahas tersebut.

Fokus media di Pakistan ketika ini adalah mengenai rekod keselamatan PIA namun syarikat penerbangan kebangsaan yang mengalami kerugiaan itu menafikan laporan media yang mengatakan pesawat tersebut memang bermasalah sebelum berlepas.

Pada Isnin, PIA menggantung 10 pesawat ATRnya selepas Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan memutuskan untuk melaksanakan “ujian goncangan” ke atas semua pesawat ATR milik syarikat itu.- Reuters

 

 

Comments