Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Kos sara hidup terus meningkat pada 2017

Primary tabs

Ekonomi
1 of 1
Malay

Tahun depan akan kekal sebagai tahun yang mencabar kepada industri peruncitan Malaysia dengan pemulihan signifikan jualan dijangka hanya akan berlaku pada separuh kedua 2017, menurut Kumpulan Peruncitan Malaysia (RGM).

Ini kerana ekonomi dijangka tidak mampu pulih dengan kukuh dalam tempoh sederhana maka pengguna-pengguna tempatan dijangka menangguhkan pembelian mereka semasa separuh pertama tahun hadapan. Kos hidup purata rakyat Malaysia dijangka terus meningkat pada 2017.

“Kejatuhan ringgit yang berterusan akan memberi impak kepada kos barangan runcit. Peruncit mungkin terpaksa menaikkan harga barang lagi dalam tempoh enam bulan pertama tahun hadapan,” kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan di sini.

Jualan runcit diunjur berkembang lima peratus pada 2017. Dalam laporan industri runcit, kumpulan itu berkata, industri runcit Malaysia merekodkan pertumbuhan suram sebanyak 1.9 peratus pada suku ketiga berakhir 30 September 2016 berbanding setahun yang lalu didorong oleh kejatuhan jualan sub-sektor seperti pasar raya.

Tambahnya, keputusan bagi Julai-September 2016 menyaksikannya 68 peratus lebih rendah berbanding unjuran pasaran iaitu 5.9 peratus.

Bagaimanapun, ia lebih baik sedikit berbanding setahun yang lalu apabila berkembang sebanyak 1.6 peratus.

Bagi keseluruhan 2016, RGM telah menyemak semula unjuran pertumbuhan jualan industri runcit kepada tiga peratus atau RM99.1 bilion berbanding 3.5 peratus sebelumnya.

Ini merupakan semakan kali kedua bagi tahun 2016 berikutan prestasi buruk jualan semasa suku ketiga. -MalaysiaGazette

 

 

Comments