Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Harga minyak capai paras tertinggi sejak tahun 2015

Primary tabs

Ekonomi
1 of 1
Malay

Harga minyak mentah melonjak 18 bulan tertinggi dalam dagangan hari ini selepas OPEC dan bukan OPEC buat kali pertama sejak tahun 2001 mencapai kata sepakat untuk mengurangkan pengeluaran minyak bagi menangani lebihan bekalan.

Harga dagangan hadapan minyak mentah Amerika Syarikat naik AS$1.33 untuk ditutup pada AS$52.83 satu tong, kenaikan 2.6 peratus, walaupun ia berada di bawah paras tertinggi harian.

Brent meningkat sebanyakAS$1.36 untuk ditutup pada AS$55.69, naik 2.5 peratus, selepas mencecah paras puncak sesi AS$57.89, tertinggi sejak Julai 2015.

Sabtu lalu, pengeluar-pengeluar bukan OPEC yang diketuai Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 558,000 tong sehari, jauh daripada sasaran 600,000 tong sehari.

Ia memenuhi perjanjian OPEC yang dicapai pada 30 November lalu untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari selama enam bulan mulai 1 Januari ini.

Arab Saudi akan mengurangkan sekitar 486,000 tong sehari selama dua tahun. - MalaysiaGazette

 

 

Comments