Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Remaja dipenjara selepas bersalah cuba tembak Trump

Primary tabs

Dunia
1 of 1
Michael Sandford
Michael Sandford
Malay

Seorang lelaki warga British telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan sehari selepas didapati bersalah cuba merebut pistol dalam usaha untuk membunuh Donald Trump.

Michael Sandford, 20, mengaku bersalah pada bulan September lalu atas pertuduhan cuba memiliki senjata api secara haram dan menganggu majlis rasmi.

Beliau dituduh merampas pistol daripada seorang anggota polis pada perhimpunan di Las Vegas dengan niat untuk menembak Trump.

Ibu Sandford berkata, anaknya kesal atas tindakan yang dilakukan.

Sandford, dari Dorking, Surrey, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun di atas plot pembunuhan tersebut.

Mahkamah diberitahu bahawa beliau layak dibebaskan dalam tempoh empat bulan, selepas dihantar pulang ke UK.

Pasukan pembelaan berkata, Sandford adalah seorang autistik dan mengalami sawan dan kebimbangan obsesi paksaan.

Sandford yang muncul di mahkamah dengan pakaian penjara kelihatan pucat. Dia tersenyum kepada ahli keluarganya sambil melambai dan menyebut "I love you".

Sandford kemudian mengalirkan air mata danmemohon maaf atas apa yang telah dilakukannya kerana menggunakan wang pembayar cukai.

"Saya rasa teruk," katanya.

Hakim James Mahan memberitahu Sandford: "Saya tidak fikir anda mempunyai niat jahat dalam hatimu"

Ibunya, Lynne Sandford berkata, anaknya seorang penyayang.

"Hati saya luluh kerana melihat dia melalui persekitaran ini," katanya sambil merayu agar anaknya diberi hukuman ringan kerana dia memerlukan rawatan dan sokongan keluarga.

Sandford, selepas ditahan memaklumkan kepada polis yang beliau merancang menembak Trump.

Beliau bagaimanapun gagal merampas pistol.

Sandford gagal dihubungi oleh ibunya selepas dia mengembara seluruh Amerika Syarikat pada tahun 2015.

Menurut dokumen mahkamah, Sandford adalah seorang gelandangan dan menetap di negara itu tanpa visa yang sah. - MalaysiaGazette

 

 

Comments