Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Mahkamah AS tolak permohonan keluarga Jho Low

Primary tabs

Dunia
1 of 1
Jho Low
Jho Low
Malay

Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan ahli keluarga Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk menuntut aset-aset yang disita oleh kerajaan negara itu.

Jabatan Kehakiman AS sedang menyiasat aliran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Dale Fischer menolak permohonan ahli-ahli keluarga Jho Low untuk campur tangan dan menuntut hak hartanah dan aset lain yang telah disita.

Fischer juga menolak usul supaya ahli keluarga Jho Low diberi masa bagi membolehkan mereka mengemukakan tuntutan tersebut, menurut fail mahkamah.

Ahli-ahli keluarga Jho Low tidak mempunyai kawalan langsung ke atas aset dan cuba menyingkir pemegang amanah Swiss yang mengawal aset-aset itu dan mana-mana pihak yang tidak memfailkan tuntutan mereka sendiri, katanya.

Permohonan itu dibuat oleh keluarga Jho Low untuk menggantikan pemegang amanah dengan individu atau entiti atas sebab-sebab yang tidak didedahkan. Petisyen kepada mahkamah dipercayai akan difailkan.

Bagaimanapun, petisyen tidak mempunyai asas untuk memohon lanjutan masa bagi pihak syarikat-syarikat yang tidak dikawalnya," menurut Fischer dalam satu memo selepas pendengaran kes itu dijalankan hari ini.

Keputusan itu menandakan terdapat halangan untuk ahli-ahli keluarga Jho Low yang sebelum ini membuat usul untuk menangguhkan perbicaraan dalam usaha untuk mendapatkan hak pemegang amanah baru bagi aset-aset ahli perniagaan itu menerusi mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.

Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil yang difailkan pada Julai lalu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa lebih daripada AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Tindakan undang-undang itu bertujuan untuk merampas sejumlah AS$ 1 bilion dalam aset didakwa disalurkan dari 1MDB dalam estet mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi.

Polis Singapura telah menamakan Jho Low "individu utama yang mempunyai kepentingan" dalam penyiasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Jho Low tidak dapat dihubungi untuk mengulas kes tersebut. - MalaysiaGazette

 

 

Comments