Search form

Isnin, 10 Disember 2018

AS hantar pesawat penuh agen FBI ke Iceland untuk perangkap bos WikiLeaks

Primary tabs

Dunia
1 of 1
Malay
Amerika Syarikat (AS) menghantar sebuah 'pesawat yang penuh dengan agen Biro Penyiasatan Pesekutuan (FBI)' pada 2011 bagi memerangkap pengasas bersama WikiLeaks, Julian Assange, menurut bekas Menteri Dalam Negeri Iceland yang enggan memberi sebarang kerjasama dan meminta mereka menamatkan aktiviti itu.
 
Pada Jun 2011, pentadbiran Barack Obama membayangkan kepada pihak berkuasa Iceland bahawa mereka mempunyai pengetahuan terhadap niat penggodam yang mahu memusnahkan sistem perisian di negara itu dan menawarkan bantuan kepada Menteri Dalam Negeri Iceland ketika itu, Ogmundur Jonasson, katanya dalam temubual dengan penerbitan Katoikos.
 
Bagaimanapun, Jonasson berkata, beliau dengan pantas merasa 'ragu-ragu' terhadap niat baik AS itu dan 'sedar dengan memberi bantuan mungkin akan mudah dimanipulasikan'.
 
"Pada musim panas 2011, AS 'menghantar sebuah pesawat yang penuh dengan agen FBI ke Iceland bagi mendapatkan kerjasama yang mana saya faham ia sebagai operasi yang diwujudkan untuk memerangkap Julian Assenge dan WikiLeaks," kata Jonasson.
 
Bagaimanapun, penduduk Iceland kelihatan sukar untuk diperdayakan.
 
"Sejak mereka tidak mendapat kebenaran untuk melakukan tugas-tugas pengawasan oleh pihak berkuasa di Iceland dan sejak memusnahkan WikiLeaks bukan agenda saya, boleh dikatakan sekurang-kurangnya saya mengarahkan semua kerjasama dengan mereka ditamatkan dengan segera dan saya juga menjelaskan mereka sepatutnya menamatkan semua aktiviti di Iceland dengan segera," kata ahli politik itu.
 
Oleh itu, AS telah diminta meninggalkan (Iceland) dan ahli politik itu dengan jelas menyatakannya.
 
"Jika saya diberi pilihan untuk memihak sama ada WikiLeaks atau FBI atau Agensi Perisikan Pusat (CIA), saya tidak menghadapi masalah untuk memilih. Saya akan memihak kepada WikiLeaks," katanya.
 
Jonasson terus membincangkan mengenai pemberi maklumat lain seperti Edward Snowden. Althing (Parlimen Iceland) berdebat sama ada Snowden perlu diberikan kerakyatan tetapi 'tiada persetujuan politik' mengenai perkara itu.
 
"Iceland merupakan sebahagian daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan keputusan seperti ini akan dibantah keras oleh AS," kata Jonasson.
 
Kedua-dua pemberi maklumat itu telah menghabiskan masa di bawah perlindungan. Assenge tinggal di kedutaan Ecuador di London selama empat tahun manakala Snowden diberikan suaka di Rusia pada 2013 dan beliau berada di lokasi yang tidak didedahkan.

 

 

Comments