Search form

Ahad, 16 Disember 2018

Error message

  • Warning: include(): open_basedir restriction in effect. File(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm) is not within the allowed path(s): (/home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html:/home/mg/tmp) in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm): failed to open stream: Operation not permitted in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).
  • Warning: include(): Failed opening '/var/www/vhosts/old.malaysiagazette.com/httpdocs/waktusolat/waktusolat.htm' for inclusion (include_path='.:/usr/share/php:/usr/share/pear') in eval() (line 12 of /home/mg/web/old.malaysiagazette.com/public_html/modules/php/php.module(80) : eval()'d code).

Hipokrasi Dr. Mahathir, DAP

Primary tabs

Dari Editor
1 of 1
Malay

Sukar untuk percaya apabila pemimpin sehebat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selama 22 tahun dalam kekuasaan politik dikatakan diperkuda dan diperalatkan oleh parti cauvanis DAP.

Tempoh 22 tahun adalah jangka masa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Jika, diambil kira pembabitannya dalam politik, ia jauh lebih lama.

Malah persengketaan Dr. Mahathir dengan DAP juga cukup lama dan cukup tegang hingga majoriti pemimpin parti cauvanis itu termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang pernah disumbat dalam penjara menggunakan Akta Kesemalatan Dalam Negeri (ISA).

Dr. Mahathir cukup anti-DAP sepanjang beliau berada di tampuk kekuasaan politik.

Pemimpin-pemimpin DAP pula melabelkan Dr. Mahathir dengan bermacam-macam gelaran hingga ada yang kita tidak sanggup dengar atau sebut.

Namun kini, atas kepentingan politik, demi mencapai cita-cita politik untuk menawan Putrajaya, DAP mengetepikan segala persengketaan, perbalahan, caci-cela dan maki-hamun dengan Dr. Mahathir semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Bagi Dr. Mahathir pula, kita tidak pasti apa tujuan beliau berbuat begitu, hingga sanggup menjulang pemimpin-pemimpin DAP yang memang semua sedia maklum hanya memperjuangkan kepentingan golongan tertentu sahaja.

Tentunya kita merasa sedih dan kurang selesa apabila pemimpin hebat seperti Dr. Mahathir merelakan dirinya diperalat dan diperkudakan oleh sebuah parti cauvanis seperti DAP.

Apa yang Dr. Mahathir terdesak sangat hingga rela membiarkan dirinya diperalatkan begitu?

Kesanggupan Dr. Mahathir bersekongkol dengan pembangkang termasuk memuji-muji ucapan Lim Guan Eng sebagai mematuhi Perlembagaan rasanya agak keterlaluan dan jauh tersasar daripada prinsip beliau sebelum ini.

Tindakan itu dilihat lebih kepada untuk meraih sokongan ahli DAP, ekoran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan beliau bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin hambar dan kurang mendapat sambutan.

Sebab itu Dr. Mahathir sanggup menggunakan pentas DAP, dan DAP terutama Kit Siang, menggunakan kesempatan ini untuk merendahkan maruah dan imej Dr. Mahathir yang pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri secara terbuka.

Seumur hidupnya, termasuk ketika disingkirkan oleh UMNO pada hujung tahun 1960an, Dr. Mahathir tidak pernah bersekongkol dengan DAP, tetapi tiba-tiba baru-baru ini beliau hadir ke Persidangan Kebangsaan DAP 2016 walaupun katanya tidak dijemput.

Lebih mengelirukan, ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin pembangkang lain di pentas utama termasuk Kit Siang beliau memuji kepemimpinan parti itu, Dr. Mahathir berkata pandangan beliau terhadap DAP selama ini adalah salah.

Apa maknanya semua ini? Hipokrasi apakah yang dimainkan oleh Dr. Mahathir ini? Sedangkan selama puluhan tahun beliau menanam perasaan benci dan meluat kepada DAP hingga majoriti pemimpin parti cauvanis itu disumbat ke dalam penjara kerana politik perkauman mereka dikatakan menggugat keselamatan negara.

Malah Dr. Mahathir juga selama puluhan tahun menanam doktrin bahawa DAP adalah parti yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Jadi, apabila Dr. Mahathir kini merelakan dirinya menjadi `hamba' kepada DAP adakah beliau juga kini anti-Melayu dan anti-Islam seperti mana yang beliau labelkan parti itu sebelum ini?

Politik menghalalkan cara yang diamalkan oleh Dr. Mahathir dan DAP ini sudah tentunya ada motif tertentu dan hanya untuk kepentingan golongan tertentu sahaja.

Yang keliru adalah rakyat. Tentunya banyak yang tertanya-tanya mana satu pendirian Dr. Mahathir tentang parti cauvanis DAP ini yang betul? Kenapa dulu beliau cakap lain, tetapi sekarang memuji DAP hingga melangit?

Benarkah Dr. Mahathir kini menjadi kuda tunggangan DAP? Kenapa Dr. Mahathir membenarkan dirinya diperlakukan sebegitu? Adakah ini satu lagi penghinaan kepada Melayu dan kepimpinan Melayu? - MalaysiaGazette

 

 

Comments