Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Tiong Lai berdepan masalah di Bentong

Primary tabs

Akhbar Cina
1 of 1
Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai
Malay

Tindakan keras Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam soal hudud telah menyebabkannya semakin sukar untuk mempertahankan kerusi Bentong di Pahang yang merupakan kubu Barisan Nasional (BN).

Keadaan itu juga boleh dilihat melalui serangan yang dilakukan ke atas MCA dalam Perhimpunan Agung UMNO.

China Press melaporkan, Tiong Lai pernah membayangkan kepada pemimpin pertubuhan Cina bahawa isu hudud telah memberi kesan kepada peluangnya untuk mempertahankan Bentong.

Pengundi Melayu di Bentong dilaporkan tidak berpuas hati dengan MCA yang mengadakan kempen di seluruh negara bagi mempertahankan Perlembagaan.

Tindakan boikot mula dikesan dan terdapat pertubuhan tempatan yang memberi amaran supaya Tiong Lai tidak menjadi musuh kepada agama.

MCA juteru dilaporkan bimbang dengan kemungkinan sabotaj ke atas Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan.

Selain itu, Tiong Lai juga perlu berwaspada dengan serangan calon DAP di kerusi Parlimen Bentong.

 

 

Comments