Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Prestasi lebih baik di Tokyo 2020

Primary tabs

Akhbar Cina
1 of 1
Khairy Jamaludin
Khairy Jamaludin
Malay

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengharapkan atlet negara akan mencatat keputusan lebih baik dalam Olimpik Tokyo 2020 berbanding pungutan pingat terbaik di Rio.

Khairy bagaimanapun mengakui bahawa ramai atlet termasuk Datuk Lee Chong Wei, Goh Liu Ying dan Tan Beng Soon akan bergelar veteran menjelang 2020, maka darah muda amat diperlukan dalam pasukan negara.

Katanya, atlet muda akan diberi lebih banyak peluang untuk bertanding dalam tempoh empat tahun yang menjelang sebagai persediaan untuk menghadapi Olimpik 2020.

Ujarnya, temasya sukan seperti Sukan Asia, Komanwel dan SEA akan menjadi persada untuk mencungkil bakat atlet-atlet muda negara.

Kata Khairy, Majlis Sukan Negara juga berusaha meneroka bidang sukan yang baharu supaya Malaysia tidak bersandar kepada acara tradisi seperti terjun air, badminton dan basikal semata-mata.

"Sudah tentunya, kami harapkan pencapaian lebih baik dalam Olimpik Tokyo," katanya kepada Sinchew Daily.

Atlet Malaysia mencatat sejarah apabila membawa pulang lima pingat iaitu empat perak dan satu gangsa dalam Olimpik Rio tahun ini.

Khairy berkata, Malaysia adalah unik dalam pengurusan sukan kerana kerajaan menyediakan nisbah peruntukan yang besar untuk pembangunan sukan.

Katanya, tiada negara yang seperti Malaysia dengan menyediakan mekanisme yang lengkap dan sistematik untuk mencungkil bakat sukan.

"Kami akan terus berusaha, kerajaan sudah banyak menyokong pembangunan sukan.

"Kalau bercakap tentang ruang penambahbaikan, saya berpendapat swasta dan persatuan sukan perlu menyediakan lebih banyak modal untuk menyokong pembangunan sukan," katanya.

 

 

Comments