Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Penghuni sumbat tuala dalam mangkuk tandas

Primary tabs

Akhbar Cina
1 of 1
Malay

Gara-gara gagal mendapatkan tuala tambahan daripada pihak hotel, satu keluarga bukan sahaja bertindak melemparkan tuala basah ke arah pekerja hotel, malahan menyumbatkan tuala-tuala ke dalam mangkuk tandas.

Klip video yang merakamkan tindakan membaling tuala basah itu telah tersebar melalui Internet.

China Press melaporkan, keluarga yang melakukan perbuatan itu turut disenarai hitam oleh pihak hotel.

Seorang pengarah Hotel Syuen di Ipoh, Perak mengesahkan kejadian itu berlaku pada 12.30 tengah hari, 8 Disember lalu di lobi hotel.

Menurut pengarah itu, pelanggan yang tidak berpuas hati boleh mengadu kepada pihak pengurusan dan bukannya bertindak dengan cara tidak berbudi terhadap pekerja.

Katanya, kejadian itu difahamkan berlaku selepas tetamu tersebut asyik meminta tuala tambahan walaupun pihak hotel menyediakan empat tuala setiap hari.

"Pihak hotel menuruti permintaan dengan menyediakan tuala tambahan selepas menerima panggilan pelanggan itu.

"Tetapi mereka masih meminta tuala tambahan dan pihak hotel akhirnya memilih tidak bekalkan," katanya kepada China Press.

Pemeriksaan di bilik hotel seterusnya mendapati mangkuk tandas telah disumbat dengan tuala-tuala.

Pengguna-pengguna Internet telah membidas tindakan tidak berbudi pelanggan hotel tersebut.

 

 

Comments