Search form

Isnin, 10 Disember 2018

Apabila Roket sudah berapi

Primary tabs

Akhbar Cina
1 of 1
Malay

Pergelutan kuasa antara Lim Guan Eng dengan Chow Kon Yeow bagaikan satu `rahsia terbuka' di kalangan orang Pulau Pinang. Kwong Wah Daily melalui satu artikel baru-baru ini telah menerbitkan satu `episod' menarik dalam satu mesyuarat tertutup DAP negeri.

`Drama' yang dikatakan benar-benar berlaku itu menggambarkan pergelutan kuasa antara `dua puak' dalam DAP Pulau Pinang, masing-masing diketuai Guan Eng dan Kon Yeow.

Berikut merupakan artikel tersebut.

Tarikh : lebih sebulan lalu.

Masa: Pukul 2 petang, Jumaat.

Tempat : Tingkat 28 Bangunan Komtar, Mesyuarat antara ADUN, Ahli Parlimen DAP berserta *Jawatankuasa DAP Negeri.

Pengerusi Mesyuarat: Chow Kon Yeow

Punca yang mecetuskan keadaan: Rombakan di kalangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Orang baru dalam Roket iaitu Nur Fitriah Abdul Halim `potong barisan' tanpa melalui prosedur perlantikan biasa. `Panglima' Chow Kon Yeow iaitu Teh Lai Heng mahu Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan prosedur perlantikan Ahli Majlis. Teh Lai Heng mahu tahu kenapa individu yang disyorkan tidak dilantik tetapi nama yang disyorkan telah muncul sebagai Ahli Majlis.

Keadaan mesyuarat menjadi `segan' dan fikiran demikian seolah-olah bermain di otak semua orang.

"Kamu Teh Lai Heng hanya seekor tikus kecil tetapi berani untuk mengasak Ketua Menteri dan membangkitkan isu dalaman yang sensitif."

Lim Guan Eng berdiam diri selama tiga saat. Tiga saat ini amat menonjol, semua orang sedang menahan nafas, menunggu penjelasan daripada Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng memang Lim Guan Eng. Dengan kehebatannya, beliau menggunakan `kaedah tidak langsung' untuk menjelaskan terdapat keperluan untuk melantik Nur Fitriah
menggantikan Zulkifli Mohd. Noor sebagai Ahli Majlis mewakili orang Melayu. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan prosedur perlantikan berkenaan. Tiba-tiba, Guan Eng melepaskan `peluru perak' (melambangkan duit) mengingatkan kerajaan negeri akan menambah elaun Ahli Majlis secara berganda.

Ahli Jawatankuasa DAP negeri merangkap Ahli Majlis, Gooi Seong Kin seterusnya merebut peluang yang wujud, meminta Guan Eng menambah elaun dengan segera, tidak perlu menunggu sehinga tahun depan.

Ketika ini, mata Chow Kon Yew menempias Gooi Seong Kin dan memutus kata-katanya. Tanpa memandang ke arah Guan Eng, Chow Kon Yew melontarkan persoalan.

"Kalau macam itu, boleh tak Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis menerima gaji berganda? Ahli Majlis tidak boleh menerima lebih daripada RM1,300 dan tidak boleh menerima gaji berganda, menyebabkan ramai yang melepaskan jawatan Ahli Majlis dan memilih bekerja sebagai pegawai khas kepada Exco dan ADUN dengan menerima elaun minimum RM3,000.''

Guan Eng dengan ringkasnya menjawab, peraturan kerajaan negeri tidak membenarkan mana-mana wakil rakyat menerima elaun berganda.

Guan Eng berkata, "Kita mesti melihat nilai setiap jawatan itu dan bukannya soal jawatan sahaja."

Tanpa disangkakan, Chow Kon Yeow merebut peluang yang timbul dengan mengasak.

"CEO Institut Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan Eksekutif Kanan Sim Chee Keong, mereka juga Ahli Parlimen dan memiliki elaun Ahli Parlimen. Kalau macam itu, mereka tidak boleh menerima elaun dariapda Institut Pulau Pinang.

``Ataupun mereka boleh memilih untuk menerima salah satu elaun tersebut.'' katanya.

Zairil yang berada dalam mesyuarat itu memilih berdiam diri, Sim Chee Keong yang mendapati Zairil senyap turut memilih untuk tidak bersuara.

Suasana menjadi tegang dan senyap selama tiga saat. Kalaulah ada jarum yang terjatuh, ia pasti membawa dentuman yang kuat.

Semua orang tahu Institut Pulau Pinang merupakan badan pemikir yang dibiayai oleh pembayar cukai. Kesemua 30 orang di dalamnya tidak terlibat dalam aktiviti yang menjana pulangan komersial tetapi operasi mereka dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Setiap tahun ia memerlukan minimum RM1.5 juta.

Zairil dan Sim Chee Keong merupakan `tentera payung terjun' yang diterjunkan oleh Liew Chin Tong untuk mengawal hala tuju DAP Pulau Piang. Liew Chin Tong sendiri telah berpindah ke negeri lain, bukan seperti Teh Lai Heng dan Wong Hon Wai yang berjuang secara bersama. Terdapat garisan pemisah yang jelas antara mereka.

Selepas tegang selama tiga saat, Guan Eng senyum dan memberitahu bahawa kedua-dua individu itu merupakan Ahli Parlimen dan bertanggungjawab mengurus Institut Pulau Pinang secara sukarela.

Tetapi Chow Kon Yeow enggan melepaskan tangan, beliau meninggikan suara.

"Dengan gelaran dan jawatan yang mereka ada, ia membawa nilai yang tinggi kepada mereka. CEO dan Eksekutif Kanan merupakan gelaran yang baik. Ia dapat memudahkan kerja mereka di luar, mereka dapat lakukan banyak perkara,'' kata Chow Kon Yeow.

Kata-kata itu memeranjatkan ramai, Exco yang bertanggungajwab terhadap Institut Pulau Pinang iaitu Ramasamy turut memilih untuk berdiam diri. Seakan-akan hanya Guan Eng dan Chow Kon Yeow yang bercakap dalam meyuarat tersebut.

Sebenarnya, mesyuarat ini pada mulanya dipengerusikan oleh Chow Kon Yeow dan beliau telah mengasak Zairil dan Sim Chee Keong sebelum Guan Eng sampai.

Pada permulaan mesyuarat, Chow Kon Yeow yang memeriksa senarai kehadiran mesyuarat terdahulu telah melontarkan pertanyaan kepada Zairil dan Sim Chee Keong.

``Melainkan anda merupakan peguam hebat seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh. Kalau tidak, anda tiada alasan untuk tidak hadir dalam mesyuarat mingguan,'' katanya sebelum meneruskan mesyuarat. Dua individu berkenaan pula tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Seorang lagi Ahli Parlimen iaitu Ng Wei Aik yang diingatkan tidak boleh menerima elaun berganda berasa tidak selesa. Ng Wei Aik berkata-kata mahu meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri dengan kadar segera.

Menariknya, ketika Chow Kon Yoew menganjurkan majlis makan durian bersama pengamal medua pada minggu lalu. Seorang `anak murid' kesukaan Chow Kon Yeow telah memuat kandungan berkenaan dalam Facebook dengan menggelar Chow Kon Yeow sebagai `sifu' depan dan belakang. Tidak hairanlah, jiran kita menyebarkan khabar angin bahawa Roket sudah berapi.

 

 

Comments